Pages

Wednesday, February 29, 2012

Tips sebelum exam

 
 
its been for so long im not update this blog yaa.
wahh
buat beberapa hari ni
tangan ta pernak nak "free"
buzy semanjang.
 
tetibe hari ni free plak. baru je abis test subject BEL(english)
alhamdulillah dapatlah jugak jawab.
(tak tahu betul ke tak)
 
hari ni rasa nak ber-blog.
xtually lagi brapa hari je aku ni nak tempuh 'final exam'
huh..
nak kata dah prepare,
rasenya belum lagi.
nak kata dah boleh dekan,
rasenya dukun.
 tak tahulah bila nak start study,
minggu last ni, rase banyak sangat hal.
presentation lah,  quiz lah, test, assignment..
hurmm macam macam lagi lah.
 
hari semakin hari terasa cepat je. 
macam tade masa nak study.
tu lah hari ni nak share jugak lah beberpa tips sebelum nak exam ni.
rasenya ramai dah yang tahu.
tapi tapelah,
kita share2 jelah yee.
.
.
.
.
..
.
 
 
 
 
 
 
 

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok


Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

selamat mencuba semua.
and i wish all of u
yang nak final exam tu
good luck
^__^

 


Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Tuesday, February 21, 2012

Test: D O N E





yes !
all the test is already done.
finally, i feel free for a while.

minggu lepas sangat memenatkan.
huuhhh ~

skarang nak siapkan semua assignment,
pastu baru boleh fokus dengan final.

OMAIGOD
Final is coming.
kekawan semua.
wish me luck.
^___^



Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Wednesday, February 15, 2012

Mari Bernyanyi


kawan kawan
aku dah update and tukar lagu baru.
ikut mood baru
nak jadi penakut lak
haha.
jum nyanyi sesama keyh
ini tidak adil tidak adil 
lalalal

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan
ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Hari bersamanya

ini tidak adil tidak adil 
lalala

semangat nak nyanyi lagu yuna
Penakut.

huhu
bosan bosan lak, tak tahu nak buat apa.
so nak update sikit.
hari hari bersama kawan kawan tersayang.
hahah really enjoy n fun.

nah nah usha dulu gambar gambar ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

makan time

zairin n nija

jack n hafieq

wan n yang lain

muka scary n chumel

haha aku penyibuk

with jack

this is hafieq (apek) also known as kemba

wan aka adek. (my beloved daughter)

zairin tak pasal pasal jadi menantu plak

nija aka kak yong. ( anak sulung)

okee this is jack mudzakir (pm me klo nak bekenalan) :)

me n her :)


okee thats all.
hari yang indah bersama korang semua.
even that time aku tengah nak bersedih.
tapi pikir pikir buang masa sedih sedih.
baik enjoy enjoy ngan korang sume.
thanxx semua.
love korang.

(sentap2 memang tak dibenarkan ketika keluar bersama, klo tak anda akan tidak dilayan)


Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Stress! please stay away


hai semua yang mengenali diriku.
huh.

sekian lah minggu ni aku asyik buzy dengan kelas.
update status kat fb n twitter pun curi curi je.
kalo nak update blog lagi lah.
berzaman rasanya nak update.

tetibe minggu ni 'pack' sangat
sampai test berderet deret.
jumaat sabtu ahad.
tapi benda tu sume 
perkara normal bagi student
'ape ade hal'
huuu.
(dalam hati tahu lah macam mana)

kawan kawan sibuk bising.
"lect ta paham student, "
"pressure gile. ade presentation lagi."
"rase macam nak mati"
ahhhh!
jangan and jangan buat macam tu okee.
even korang stress pun jangan pikir camtu.
sebaliknye korang cubelah beberapa cara yang boleh hilangkan stress korang tu.

kat bawah ni ade tips yang aku dah google search tuk korang.
sambil tu sempat2lah aku try kat umah ni.
usha usha lahh
.
.
.
.
.
.
.


1.Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3. Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

4. Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.
5. Makan Makanan yang menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6. Lakukan Meditasi

Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.
7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan
Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.
8. Dapatkan Nasihat
Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.
9. Belajar Katakan 'TIDAK'
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.
10. Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.
11. Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.
12. Menarik Nafas Dalam-dalam
Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.
selamat mencuba
night peeps
saja untuk tatapan mata pembaca.
haha
senyum selalu walaupun stress keyh.



Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Tuesday, February 7, 2012

Langit yang suram

tajuk tak ada kene mengena lahh

tadi duk tengah lepak lepak.
terpikir gak aku kenapa happy je arini.
slalunya orang kalau putus cinta tak ade nak happy happy ni.
hahaha.
orang kalau putus cinta,
makan tak lalu, tido tak lena, mandi tak basah
gelak pun bukan selalu.

tapi beza pulak bagi aku ni.
first day memang aku menangis gila gila lahh.
macam orang ilang anak pun ade.
tapi kalo lepak aku still senyum senyum gelak gelak.
haha.
orang pun takkan expect yang aku ni baru je frust.

tapi bila aku pikir balik.
macam tak berbaloi nak nangis nangis.
yelahhh!
sedih tu memang sedih, tuhan je yang tahu.
makan pun sekadar untuk idup.
tido tu memang tak penah lena,
dan takkan lena. 
bila aku bangun je dari tido aku harap sangat benda ni sekadar mimpi.
aku harap itu yang berlaku.
tapi bila aku sedar dari kenyataan,
ianya bukan mimpi.
aku kene terima hakikat.

yelah langit itu tak selalu cerah, 
macam kehidupan juga, 
yang takkan pernah gembira selalu.

sekarang aku cube terima situasi,
bukan senang cinta yang berkurun lama musnah dalam sekelip mata.
orang lain memang boleh cakap,
kumbang bukan seekor,
ramai lagi yang lain.
tapi pernah tak terpikir, bukan semua kumbang sama jenisnya.
bukan semuanya dapat mengetuk pintu hati aku ni.

apa yang aku rasa sekarang 
biarlah aku simpan sorang sorang,
kalau aku menangis dan sentiasa bersedih beerti aku seorang yang lemah.

dia pun seperti bahagia dengan hidup dia tanpa aku.
apa lagi yang mampu aku lakukan selain melihat diri dia bahagia.
kalau aku terus menangis, dia takkan datang kembali padaku
dan aku tak nak lagi mengharap pada yang tak sudi.
aku tak mampu mengharap lagi.
biarlah aku berhenti berharap.
tetapi cinta ini tak akan pernah padam.
^_____^
smile smile smile.

p/s- thanxx to my family, always support me. and my frens also. thanxx sesangat.
sayang korang.
korang semua ada untuk aku. dan aku akan ada untuk korang.
 and takkan buat muka sedih sedih dah ngan korang. 



kenangan kita aku akan simpan sampai bila bila. Thanxx awak




Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Alahai

alahai,
esok je dah start kuliah,
boleh tak minta cuti lebih.
macam malas je nak bangun sok.
dengan keadaan diri yang still 'meroyan' ni
macam malas nak menapak ke uitm sok.
heee.

start je kelas minggu ni mulalah
kelas tak ingat dunia.
perghhh
tengok balik calendar, belambak gila test,
replacement class.
huu punyalah malas.

boleh tak stop kan time tu kejap.
nak rehat puas puas.
sepuas-puasnya.

ape pun korang sume.
please doakan aku jawab test dengan berjaya yee.
^___^
haruslah love.


Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Monday, February 6, 2012

mood berubah, theme berubah

hai semua.
blog tukar colour?
haa
jangan terkejut.
aku nak tukar mood itam itam ni
sempena kulit dah berubah ke hitaman.
(motif sangat kann?)

saje nak tuka mood. tapi pink tu still wujud.
okee. enjoylah dalam blog yang busan ni.

mari klik klik iklan ni

senyum senyum selalu semua pembaca.


Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Mari Klik Klik




heyh just nak testing link ni.
ade function ta?
cube click sini 

huuu thanx.
tengok cam ade function.
pastu cube klik like
okee once again thanx.
appreciate korang yang membantu.

terima kasih.



Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Menangis.

Aku nak menangis.
menangis sepuas-puasnya.
biarkan aku menangis.
menangisi sesuatu yang aku terpaksa tinggalkan.
biar orang kata menangis itu tak membawa apa2.
tapi aku tetap mahu menangis.





Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Saturday, February 4, 2012

photoshoot Rynani


rynani laviano.
taken at teluk batik.
done edit by me.
^__^
for my group 
K A K I | L E N S A







click here sini sini






Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

Friday, February 3, 2012

Sweet Couple. Edit by Me




entry kali ni nak update
kesah dua orang ni.
sepasang kekasih yang tersangat comel.
hee.
dah lama nak update pasal dyorang ni
tapi buzy sangat dengan test minggu ni.
so K.I.V dulu niat tu.
so korang layan jap gamba gamba yang aku dah edit ni.
(edit biasa biasa je. tak de skill photographic sgt)








done. 
photo taken and edit by me.
^____^
im still newbie in this photo world.



Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~