Pages

Saturday, August 25, 2012

Mampukah?


wahh bulan ni aku byk dpt invitation ke event kawan2 aku kawen.
wahh dah smpai seru dah member2 aku ni.
ade yang muda dari aku pun dah kawen.
(langkah bendul lahh.)
alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin jugak member aku tu.
aku berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat.
amin.
n yang bertunang tu. jgn lama2. benda baik harus dipercepatkan.
n nak ucap slamat bertunang dan cepat2 menikah yee.
 (sorry lah tak dapat hadir sebab kesibukkan)

haha kalau kawan2 aku dah smpai seru,
selang bape minit mesti ade y bertanya pada y single tuu.
"haaa, kau bila lagi?"
haha slalu begitulah. n situasi macam ni lah yang aku tak bape nak suka.
kahkah.
 kalo belum ade jodoh nak buat macam mana kann.

bg aku, perkahwinan tu bukan satu bnda y kita harus pndg senang.
ia melibatkan satu tanggungjawab, kepercayaan, kejujuran n etc.
kalau belum bersedia, lebih baik jgn ambil risiko.
stakat perkahwinan atas kata2 ianya belum mampu menjamin kebahagian seseorg itu.
janji manis boleh disuarakan. tapi mampukah janji manis itu dilunaskan?
 jadi sebelum membuat keputusan. berfikir dulu tentang diri kita.
dah bersediakah kiat menggalas tanggungjawab sbagai isteri/suami org?
dah puaskah kita merasa zaman remaja kita?
stabilkah kewangan kita?
semua tu kene pikir sbelum kita membuat keputusan.
bak kata mak aku, kalau kita berkahwin dengan seseorg itu.
kita bkn sahaja bkahwin dgn diri dye. malah kita bkahwin dgn sluruh kluarga dy. 
(maksudnya, kita harus menerima seluruh family dye dlm hidup kita).
kita berkahwin dengan perangai dye, dgn baik buruknya dye.
perkahwinan ini satu bnda y mulia, y indah. lain org lain tafsirannya.

 tetapi,
kalau ade jodoh takkan ke mana.
walaupun lambat, tapi biarlah kebahagiaan kita dijamin masa hadapan.

okee dah habis saya merepek ni.
nak kata ape2? sila tekan comment tuu.
ini just pendapat sy sahaja okee.
tiada kene mengena dengan y hidup mahupun sudah tiada.
(indahnya sesuatu hubungan itu jika ianya halal di sisi agama)

gambar dari k a k i | l e n s a
 
 
 salam semua
AIMI
 



Terima Kasih kerana sudi membaca, chow shin shan ^__~

0 comments: